Di sini titik baru bermula
Assalamualaikum & Hai
Betul-betul ambang Merdeka 2018 ni. Bismillah.. Semoga dipermudahkan perjalanan baru dalam hidup yang bernama Ida Kamal.
Meh nak story sikit, pasal diri saya. This is consider my 2nd blog lah kot. Dulu saya pernah aktif berblog tapi zaman study UiTM dulu. Masa tu cerita pon hari-hari pasal apa yang saya buat seharian as a student. Seronok sebab memori masih kekal tersimpan kat blog asal tu. Time rindu-rindu boleh view balik.
Saya ni sebenarnya graduan UiTM dalam bidang Sains Komputer. Dan sebelum terjebak dengan dunia bisnes ni saya memang kerja opis lah. Saya pernah keje bidang customer service, saya pernah jadi Access Admin di sebuah company Oil&Gas. Macam2 lagi lah, tapi mostly experience tu dalam bidang IT, technical support, customer services dan ID admin. Tapi time keje dlu saya ada jugak lah menjual serba sedikit kat opis. Start dengan jual tudung dan perfume jenama artis. Nak cakap minat meniaga tu takde la minat sangat, tapi bila dah mula saya jenis yang komited, bersungguh, buat biar jadi.
Dan waktu saya di company terakhir, saya dah start join Dropship untuk produk Baju menyusu selamber selak, Feedmilk. Lepas join je sini, saya belajar macam2 asas pasal bisnes. Start dengan dropship biase, saya akhirnya terpilih menjadi salah seorang leader terawal untuk projek Femilac pulak. Iaitu jenama di bawah Feedmilk yang menjual Milkbooster tambah susu ibu, milkstorage bag, Silicone Breastpump, serta produk Ebook. Lebih kurang 2 tahun jugak la saya jadi LEADER untuk team #TeamKakSenohMarvelous dan paling membanggakan saya berjaya lahirkan 3 orang stokist di bawah saya. Selain of koz berpuluh ejen, serta berpuluh dropship.
Setelah itu, company melangkah lagi ke hadapan. Kali ni, bulan Ogos 2018 kita start dengan sistem terbaru yang diberi nama Feedmilk Mompreneur Circle (FMC). Sistem FMC ni totally lain, dan lebih sistematik. Nanti next entry saya ceritakan apa yang best sangat pasal sistem FMC ni.
Jumpa di entry berikutnya..
Xoxo,
Ticer Ida Kamal

Comments
Post a Comment